rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Click this, to show your support to this blog...;-)

Panduan Pencegahan Jenayah Di Rumah Menurut Polis (Part 1)



PECAH RUMAH

Cara Mencegahnya:-

Perlindungan secara fizikal....
  • Pasangkan door viewer, penyelak pintu utama
  • Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti
  • Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda
  • Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia utk memasuki rumah anda
  • Potong ranting2 pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan utk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh
Langkah berjaga-jaga...
  • Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun utk masa yg singkat
  • Jgn sembunyikan kunci di bwh alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda
  • Jgn tinggalkan nota yg menyatakan ketiadaan anda di rumah.
  • Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri
  • Hentikan hantaran (cth:  surat khabar) apabila anda tiada di rumah utk beberapa hari
  • Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam utk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni
  • Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatan
  • Minta tolong jiran sebelah rumah anda utk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.
ROMPAK/SAMUN

Rompakan di rumah...
  • Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa
  • Jangan buka pintu kepada orang yg tidak dikenali
  • Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yg tidak dikenali
  • Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.
Apa perlu anda buat apabila anda dirompak...
  • Bertenang.  Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata
  • Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan keterangan fizikal yg lain.  Ia boleh membantu polis utk mengesan perompak berkenaan
  • Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri.  Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kereta dan jenis kereta.  Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
  • Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis berdekatan dgn segera.
Ok.  tu jer dulu... nanti sambung lagi... tq!

Dilema Si Shahril....

Hi, kali ni Pak Selamat nak ceritakan kejadian sebenar yang menimpa seorang Safety & Health Officer ni. Tapi atas sebab-sebab keselamatan, nama dan tempat kejadian dirahsiakan.... hehehe....

- Telepon berdering, si SHO yg bernama Shahril (bkn nama sebenar) ni pon jawablah.....

SHO - " hello "
Caller - " elow...u safety officer this kampeni kaaa..??"
SHO - "Yes, ada apa..??"
Caller - "saya sini nama Billy (bkn nama sebenar), since u sudah onboard haa...u go and buy itu semua safety punya barang....sini suma tarak wooo..., safety shoes, helmet, harness...bla bla bla......pot pet pot pet..."
SHO - "ok la, saya try diskas sama saya punya boss dulu aaa...tgk ada bajet ka tarak..."

Selepas itu beliau pun pergilah mengadap bossnya yang baik hati tuuu...

SHO - "Boss, we should provide our guys with PPE laaa, its our responsibility....we must comply with the Act,..bla bla bla.." si SHO cuba untuk meyakinkan bossnya....
Boss - "Eh, if like that aaa...u go and buy laaa...u raise PR...what item, how many, u do all aaa..." ok la kalu camtu...it's a gud start....

Setelah siap purchase requisition (PR) tersebut, siap beserta dgn list PPE dan nama orang yg memerlukannya...(itupun setelah jenuh berhari-hari folo-up ngan HOD yg berkenaan untuk mendapatkan list nama..!!) beliau pun pergilah hantar ke procument dpmt......

SHO - " Hye, Miss Ng (bkn nama sebenar)...where should I submit this form aaa...??"...
Miss Ng - " What's that..??"
SHO - " PR for PPE..."
Miss Ng - " Let me check first.., ayaaa...so many haaa....more than 50 person woo...should we buy for them each aaa..?? they can share meh..!!...everybody wear haa ??...everybody go to site haa ??...where got budget maaa....who's gonna pay..?? your department got budget haa..??...bla bla bla...pot pet pot pet..."
SHO - " We allocate 20 thousand for safety maa..its approved oredi..!!"
Miss Ng - " Ok laa..ok laa...nanti I carik supplier laaa "

Apa masalahnya ?? bukannya takde bajet..!!..kenapa nak bising2....kenapa nak suruh budak-budak tu share PPE...?? PPE mana buleh share la tongong...bahlol...ko nk ke share safety shoes ngan orang lain..??...ko nak ke share helmet ngan orang lain...hygiene purposes maaa...ko nak ke share safety harness ngan orang lain...ko tau ke yang harness orang lain tu masih selamat untuk digunakan....masalahnya, pakai duit ko ke beli..?? masalahnya, kalau jadi apa-apa kat budak-budak tu....DOSH datang carik ko kerr....akuuu jugakkk...!!!

Begitulah kisah bagaimana dilema si Shahril, seorang yang berjawatan Safety & Health Officer disebuah syarikat yang agak kukuh dipinggir ibukota.....tapi, belum abih disini aje...ada lagi,...ada lagi kisah macamana bila supplier sudah dapat dicari...masalah lain pulak yang timbul...kita nantikan sambungan kisah dilema si Shahril ni di episod yang akan datang.....tunggu...;-)

......bersambung........

* PPE = personal protective equipment

    -Pak Selamat-


Adakah Makanan Kita Selamat ??..

Hai, kita biasa mendengar atau membaca berita mengenai kanak-kanak sekolah mengalami keracunan makan dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Mengapakah ini boleh terjadi ..??

Memahami Kepentingan Kebersihan Dan keselamatan Makanan

Apakah maksud keselamatan makanan?
Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain.


Mengapa Makanan kita mesti bersih ?
Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan Iain-lain.


Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan yang bersih?


-Kebersihan bahan mentah.
-Pengendalian makanan yang bersih.
-Kebersihan diri pengendali makanan.
-Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
-Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
-Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
-Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.


Aspek Kebersihan dalam pengendalian makanan merangkumi ;
a ) Pengendali makanan.
b ) Bahan mentah.
c ) Peralatan yang digunakan.
d ) Persekitaran seperti dapur dan tempat menyediakan makanan.


Siapakah itu pengendali makanan ?
Pengendali makanan adalah semua orang yang terlibat dengan penyediaan makanan daripada mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan. la adalah mana-mana individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan juga penjualan makanan.


Bagaimanakah kita memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat?
Salah satu langkah bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan amalan kebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan.


Punca-punca Pencemaran Makanan


Pencemaran makanan terjadi apabila bahan yang tidak sepatutnya berada di dalam makanan tersebut.
Makanan yang tercemar dan tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau kuman yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.
Terdapat dua punca pencemaran :
a ) Kuman - Boleh didapati pada bahan mentah, sisa makanan, habuk, binatang-binatang, burung, tikus, serangga dan manusia.
Contoh : Penyakit - penyakit Bawaan Air/Makanan yang disebabkan oleh kuman.
» Keracunan makanan.
» Tifoid (Demam kepialu).
» Kolera (Taun).
» Disentri.


b ) Bahan asing - Seperti bahan kimia, habuk rokok, kepingan cat dan serpihan bahan pembungkusan.


Bagaimana Makanan Boleh Tercemar ?


a ) Menggunakan bahan mentah yang tercemar.
b ) Menyediakan makanan dengan cara yang tidak bersih.
c ) Menggunakan peralatan yang kotor.
d ) Menghidangkan makanan dengan cara yang tidak bersih.
e ) Menyimpan makanan dengan cara yang tidak sempurna.


Semoga Bermanafaat
-Pak Selamat-



Forklift Safety

Banyak kemalangan yang berlaku disebabkan oleh "forklift". Ini adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan pengetahuan mengenai pengendalian forklift atau pemandu-pemandunya mengabaikan aspek-aspek keselamatan ketika mengendalikannya. Selain daripada itu, penyelenggaraannya juga perlulah diambil berat supaya menjadikan forklift itu sendiri selamat untuk digunakan...Faktor "unsafe act" dan "unsafe condition" perlu dielakkan supaya dapat mengelakkan kemalangan daripada berlaku...

Video klip dibawah menunjukkan bagaimana teori graviti didalam pengendalian forklift...


Semoga bermanafaat
-Pak Selamat-

Pertolongan cemas - Kompetenkah kita


Ada banyak kecederaan yang memerlukan bantuan pertolongan cemas. Tapi, berapa ramaikah antara kita yang mempunyai pengetahuan dan mampu untuk melakukannya ?

Kemalangan boleh terjadi dirumah, tempat kerja, tempat awam, taman rekreasi, dlm kenderaan, taman permainan dan sebagainya. Sekiranya terjadi, siapakah yang sepatutnya memberikan bantuan awal pertolongan cemas ?

Setiap orang perlulah mempunyai asas-asas pertolongan cemas, tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Untuk mendapatkannya, kita perlulah mempunyai latihan-latihan asas pertolongan cemas. Ianya penting kerana kadang-kadang terdapat kes dimana pertolongan yang diberikan kepada mangsa kemalangan menyebabkan situasi yang lebih teruk malah ada yang membawa kepada kematian. Ini disebabkan mereka yang memberi pertolongan itu walaupun berniat baik, tetapi tidak kompeten.

Lebih malang lagi ada yang menggunakan kicap, ubat gigi, dan sebagainya untuk merawat luka atau melecur.

Adalah lebih baik sekiranya disediakan alat-alat bantuan kecemasan seperti kotak pertolongan cemas (first-aid box), alat pemadam kebakaran dan sebagainya dirumah, pejabat, kenderaan, kedai dan lain-lain.

Semoga bermanafaat.
-Pak Selamat-