Hai, kita biasa mendengar atau membaca berita mengenai kanak-kanak sekolah mengalami keracunan makan dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Mengapakah ini boleh terjadi ..??
Memahami Kepentingan Kebersihan Dan keselamatan Makanan
Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain.
Mengapa Makanan kita mesti bersih ?
Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan Iain-lain.
Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan yang bersih?
-Kebersihan bahan mentah.
-Pengendalian makanan yang bersih.
-Kebersihan diri pengendali makanan.
-Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
-Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
-Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
-Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.
Aspek Kebersihan dalam pengendalian makanan merangkumi ;
a ) Pengendali makanan.
b ) Bahan mentah.
c ) Peralatan yang digunakan.
d ) Persekitaran seperti dapur dan tempat menyediakan makanan.
Siapakah itu pengendali makanan ?
Pengendali makanan adalah semua orang yang terlibat dengan penyediaan makanan daripada mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan. la adalah mana-mana individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan juga penjualan makanan.
Bagaimanakah kita memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat?
Salah satu langkah bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan amalan kebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan.
Punca-punca Pencemaran Makanan
Pencemaran makanan terjadi apabila bahan yang tidak sepatutnya berada di dalam makanan tersebut.
Makanan yang tercemar dan tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau kuman yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.
Terdapat dua punca pencemaran :
a ) Kuman - Boleh didapati pada bahan mentah, sisa makanan, habuk, binatang-binatang, burung, tikus, serangga dan manusia.
Contoh : Penyakit - penyakit Bawaan Air/Makanan yang disebabkan oleh kuman.
» Keracunan makanan.
» Tifoid (Demam kepialu).
» Kolera (Taun).
» Disentri.
b ) Bahan asing - Seperti bahan kimia, habuk rokok, kepingan cat dan serpihan bahan pembungkusan.
Bagaimana Makanan Boleh Tercemar ?
a ) Menggunakan bahan mentah yang tercemar.
b ) Menyediakan makanan dengan cara yang tidak bersih.
c ) Menggunakan peralatan yang kotor.
d ) Menghidangkan makanan dengan cara yang tidak bersih.
e ) Menyimpan makanan dengan cara yang tidak sempurna.
Semoga Bermanafaat
-Pak Selamat-
0 comments:
Post a Comment