rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Click this, to show your support to this blog...;-)

1st aid - Part1 : Demam


Demam ialah keadaan apabila badan seseorang itu berasa panas apabila disentuh - lebih panas daripada badan anda.  Orang itu akan berpeluh dengan banyak.  Kadang2 badannya menjadi sejuk dan dia akan mula menggigil.  Selepas itu badannya menjadi panas semula.

Demam menyebabkan seseorang itu kehilangan banyak air dan mengalami kekeringan.  Terdapat banyak faktor yg menyebabkan demam, tetapi demam kebanyakannya berlaku secara serius di kalangan kanak2.  Kita tumpukan perhatian terhadap demam terhadap kanak2 dan harus diingat bahawa rawatan pertolongan cemas untuk org dewasa adalah sama dengan kanak2.

Jika seorang kanak2 demam tetapi masih boleh minum, makan dan bergerak, anda boleh lakukan perkara berikut:
  1. Beri minuman lebih daripada biasa.  Bayi hendaklah digalakkan menyusu sebanyak yg boleh.  
  2. Beri byk makanan berkhasiat yg mudah dimakan.
  3. Pastikan mulut bayi bersih (memberi lebih minuman akan membantu usaha ini).
  4. Anda boleh membantu kanak2 tersebut merasa selesa dengan menyejukkannya secara perlahan2 dengan tindakan berikut:
  • tanggalkan pakaian yg berlebihan
  • lap badannya dengan air
  • menggunakan kipas (.... tetapi jangan biarkan kanak2 tersebut kesejukan)
     5. Pastikan kanak2 tersebut mendapat rehat yg cukup

Jika seseorang kanak2 mengalami DEMAM PANAS atau DEMAM PANAS DI KAWASAN YG TERDAPAT MALARIA lakukan perkara berikut dengan segera:
  1. Beri rawatan pertolongan cemas seperti di atas
  2. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.  Hanya rawatan perubatan akan meredakan demam panas
  3. Dapatkan bantuan perubatan untuk sesiapa sahaja yg demam di dalam kawasan penyakit malaria.  Orang itu memerlukan ubat pencegah malaria yang betul.
BAHAYA - DAPATKAN BANTUAN LANJUT sekiranya.....
  1. Demam di kawasan yg terdapat penyakit malaria
  2. Menggigil atau sawan, kadang2 dengan ketegangan leher
  3. Tidak sedarkan diri
  4. Demam dengan ruam demam campak atau jangkitan
  5. Demam dengan tanda2 radang peparu
  6. Demam seorang wanita yang baru bersalin atau selepas keguguran 6 minggu
Tindakan anda...

-  tunjukkan cara rawatan pertolongan cemas untuk demam kepada kanak2 dan saudara-mara dalam keluarga anda.  Terangkan bahawa taraf kesihatan yang baik membantu mencegah dan melawan kebanyakan jenis demam (penyakit).

-  untuk mengurangkan risiko mendapat demam..
  • memberi susu badan kepada bayi dalam 4 - 6 bulan pertama (memberi susu badan sahaja tanpa makanan lain) dan teruskan memberi susu badan selama 2 tahun.
  • tambah makanan sampingan (penyesuaian) daripada umur bayi 6 bulan.
  • memastikan anak2 telah diberi suntikan imunisasi apabila menjangkau umur setahun.
  • gunakan air bersih untuk minum dan dalam persiapan makanan.
  • mempunyai tabiat yang baik daripada segi kebersihan dan peraturan kesihatan.
  • cuba lindungi kanak2 daripada gigitan nyamuk untuk mencegah penyakit malaria.
  • jauhkan kanak2 daripada orang yang demam.
  • galakkan wanita yang mengandung di dalam kawasan berpenyakit malaria untuk pergi ke hospital atau klinik di peringkat awal mengandung dan ambil ubat pencegah malaria yang betul.
  • dapatkan bantuan bidan setempat yang terlatih dalam menyambut bayi bagi semua jenis kelahiran untuk mencegah jangkitan.
  • pastikan semua orang prihatin akan bahaya berjemur di bawah sinar matahari yang panas tanpa pakaian yang sesuai (misalnya penutup kepala) dan perlunya meminum air yang mencukupi di dalam cuaca yang sangat panas.
INGAT !
Seseorang yang demam memerlukan minuman lebih daripada biasa.
Bayi yang demam memerlukan banyak susu badan.


Semoga memberi manfaat kepada kita semua.
-Pak Selamat-

Dipetik daripada:  Manual Pertolongan Cemas PBSM

2 comments:

armouris said...

lagi info tentang bayi demam di SIHAT SELALU - FAQ Tentang Bayi Demam

- shamimie - said...

thanks armouris...