rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Click this, to show your support to this blog...;-)

Millionaire Dentist...

  Hai semua...post kali ni rasanya nk cerita lain dari yg biasa laaa...asyik cerita pasal safety, health, environment pon boring gakkk...apakata kali ni kita tukar topik lakk...tukar environment kata omputih....hehe... Agak2 korang kalu kita jadi doktor gigi bleh x kita bayar cash 6 juta untuk buat renovation rumah kita...gilerrr banyak duitttt.....ke, kita kena jadi MB baru kita bleh ada duit banyak camtu.... wallahuallam... Apakata kita baca cerita kat bawah yang tengah hot sekarang ni....


Khir bayar RM6 juta ubah suai banglo
Oleh Rafidah Mat Ruzki

2011/06/10

Pereka laman bebas terima tunai

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, membayar tunai lebih RM6 juta kepada seorang pereka laman bebas untuk membiayai pengubahsuaian sebuah banglo dan laman di Lot 8, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, Shah Alam. 

Saksi pendakwaan ketiga, Nasir Ismail, 55, memberitahu Mahkamah Tinggi pada hari kedua perbicaraan kes membabitkan Dr Mohamad Khir semalam, ia adalah pembayaran bagi kerja pengubahsuaian banglo dan laman rumah berkenaan mengikut konsep Bali yang bermula pada 2006.

Nasir berkata, pembayaran itu diterima berperingkat secara tunai daripada Dr Mohamad Khir dan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni, yang dilantik pengurus bagi kerja pengubahsuaian itu dengan pembayaran pertama sebanyak RM250,000.Beliau yang membantu syarikat isterinya, Lina Ubersari Bali Landscape and Pottery, berkata pembayaran tunai itu kerana beliau diisytihar muflis sejak 1998 hingga 2008. 

"Saya dapat RM250,000 antara Mac atau April yang diserahkan Dr Mohamad Khir di kediaman rasminya. Bayaran seterusnya kira-kira RM500,000 setiap satu dilakukan empat atau lima kali, diserahkan Shamsuddin manakala tujuh atau lapan kali pembayaran diserahkan Dr Mohamad Khir sendiri," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud pada pemeriksaan utama, di depan Hakim Datuk Mohtarudin Baki, semalam. 

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan Shamsuddin yang juga saksi kedua pendakwa, sepatutnya menyambung keterangannya, tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat. 

Dr Mohamad Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana mendapatkan bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, di sini pada harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu dibeli Ditamas dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004. 
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 29 Mei 2007 di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, di sini. 

Nasir diperkenalkan kepada Dr Mohamad Khir melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, pada Mac 2006, ketika bertemu kali pertama di rumah Lot 8, Jalan Suasa 7/1L, bersama-sama Zahrah dan Shamsuddin. 

Nasir berkata, dia menganggap rumah itu milik Dr Mohamad Khir kerana dia dan isterinya lebih banyak memberi arahan tetapi beliau menjadi keliru selepas pelan pengubahsuaian yang sudah diluluskan, dikemukakan Shamsuddin selepas itu, menyatakan nama Ditamas pada dokumen berkenaan. 

Katanya, beliau juga pernah menunjukkan sebut harga kepada Dr Mohamad Khir yang meminta ia dikurangkan serta wakil rakyat itu turut melawat kerja pengubahsuaian sekali atau dua kali sebulan. 

Sementara itu, sesi pemeriksaan balas peguam M Athimulan yang mewakili Dr Mohamad Khir, panas apabila Nasir menyatakan tidak ingat kerja dilakukan pada Lot 8 itu dan tidak faham surat harga disediakan seorang arkitek yang pernah bekerja dengannya. 

Mohtarudin kemudian menangguhkan perbicaraan pada Isnin ini bagi membolehkan Nasir meneliti dokumen itu dan mencari nombor akaun syarikat milik isterinya seperti diminta peguam. 

0 comments: