rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Click this, to show your support to this blog...;-)

Fikir Dulu Sebelum Buang

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.
Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat.

Fikir dulu sebelum buang.
Jadikan amalan mengitar semula sebagai cara hidup kita

Apa itu KITAR SEMULA?

Kitar Semula merupakan satu process mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses, dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.
Mengapa perlu KITAR SEMULA?

untuk memelihara ruang hidup kita
pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menularmencerobohi ruang hidup kita.
untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencermaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dan mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.
untuk menjimatkan kos
Dalam tempoh jangka panjang, mengitar semula adalah menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupuskan akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.
untuk menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan bagi menampung permintaan tempatan? kita juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain.
untuk menyelamatkan hutan




Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

JOM KITAR SEMULA!!!
SAYANGI BUMI HIJAU KITA!!!
Semoga bermanafaat...
-Pak Selamat-


RECYCLE IT !!!!!!


0 comments: